Salam
Dari karya filem diadaptasikan ke teater; Sri Mersing. Lagi lah tak boleh blah; bukan susah ke? So last Friday 19 March 2010, member baik aku ajak gi tgk teater for the 2nd time. Seperti biasa aku yg buta bab film, mula la google petang Jumaat. Apekejadahnya Sri Mersing ini.
Sblm aku sinopsiskan secara OOP, teater ni semua LIVE beb. Takda restart2 cam PC.. OR tak macam filem leh action n cut. Salute to them whom in teater industry.
Entrance
Seperti biasa; (previously tgk Natrah for first time same place at Istana Budaya), Sri Mersing teater buat kat Istana Budaya, start jam 8:30pm. Tak ramai crowd sbb tak ramai artis FEMES yg berlakon, and YA aku pun tak tau sapa berlakon masa tu. Kawan aku ni dok cerita best part about the teater this time ada Dato’ Mustapha Maarof and Rosnani Jamil which is ORIGINALy cast from filem Sri Mersing.
Intro
Giler kentang; setup configuration dia…err i mean dia punya pentas mmg very different from Natrah. This time ada set binaan jeti sungai kat depan pentas, betul2 penonton.. ala2 dia extend the theater space, kalo ko hulur tangan pelakon tu leh tersadung lah.
Aku rasa ramai tau cerita ni tapi aku mmg tak amik tau. Kisah prempuan cun nama Sri Mersing, duk kat Mersing; pastu syok kat Damak; yet Sri Mersing kene culik; Bapak dia reward sapa dapat cari anak dia leh kawen; Awang Sulong, anak tok penghulu yg culik Sri Mersing ni, so dia pun berlakon dapat mencari dan pulangkan Sri Mersing & fitnah si Damak ni yg culik. Since Damak org luar Mersing maka tidak dipercayai oleh orang2 Mersing, lalu di halau keluar dari bumi Mersing… lebey kurang lah
Penataan Cahaya
Superb; except 1 part, masa transition between timeline zaman Damak and zaman Merah ketika diorang nyanyi secara sync. Yg ni mmg mengelirukan skit… kalo diorang highlight spotlight each timeline baru lah lebey jelas penyampaian nya (korang tgk baru paham)
Set
Selain dari extended space buat jeti+sungai, diorang ada buat segregation between zaman. Overall cun cuma masa last part aku kureng skit, sbb zaman Damak kat depan tapi zaman Merah kat belakang.. padahal masa mula2 start si Merah kat depan. So ada loose contact kat situ
Lakonan
Yes, kali kedua tgk teater, yg ni lebih mantap pada aku la. Lakonan Adi Putra tu mmg berkesan except masa lawan. Merah lak nampak credibility and peramahnya (due to dialog) yet degil macam bapak dia. Most valueable moment masa majlis perkahwinan nak dilangsungkan; whereby the music being mute yet the actor still dancing syncrhonicely. Its like watching 24 .. ala2 multiple scene in 1 pov.
Kesimpulan
Wajib tengok.Cam best je layan live. Tapi tayangan dah tamat.. aku post ni pun lambat.
Kalo korang anak seni.. mesti interpretation lain. Menurut kawan ku yg seni ini; teater ni menampakkan camna gila kuasanya org melayu; mudah percaya and mudah lupa and suka mengampu … and sikap ni masih ada hingga sekarang.
Kalo korang anak programmer cam aku, seperti apa yg aku mengomel kat atas tuh. New experience.
{ 1 comment… read it below or add one }
u should tgk Puteri Gunung LEdang part 3..mmg superb and bravo….puahati n berbaloi la coz tiket leh tahan mahal…
layan teater mmg besttt…..